Karier Antarabangsa Francesco_Toldo

Sehingga akhir tahun 2004, Toldo telah bermain dengan Itali sebanyak 28 kali. Walaupun menghadapi saingan daripada penjaga berprofil tinggi seperti Gianluca Pagliuca, Angelo Peruzzi dan Gianluigi Buffon, Toldo telah dipilih untuk memulakan perlawanan pada Euro 2000 setelah tangan Buffon patah ketika perlawanan persahabatan menentang Norway lapan hari sebelum kejohanan bermula. Toldo telah membantu Itali menjadi naib juara di belakang Perancis. Ketika perlawanan separuh akhir menentang Belanda, Toldo telah menyelematkan satu sepakan penalti ketika perlawanan dan dua ketika penentuan. Walau bagaimanapun, beliau gagal menyelamatkan jaringan gol penting oleh Sylvain Wiltord ketika perlawanan hampir tamat pada perlawanan akhir. Perancis memenangi perlawanan pada masa tambahan menerusi jaringan David Trézéguet.